Wednesday, April 25, 2012

Akrab Erat Sepakat

Kami selalu buat kerja ni masa ayah outstation. Anak-anak dengan ibu akan masak sesuka hati apa saja yang terlintas difikiran. Masa tu selalunya kami cuba resipi baru dan kami jarang nak makan nasik. Dalam gambar ni ada enam kepala hitam menikmati mee goreng dengan lahap sekali. Sekilo tu.... 
 Ini akan jadi kenangan indah dalam keluarga kita. Bila besar nanti ibu harap sekali sekala berkumpul kita boleh macam ni lagi ye.
 
Posted by Picasa

Tugas Nasuha setiap pagi


Setiap pagi Nasuha kadang-kadang bangun serentak dengan anak yang nak ke sekolah. Dia pun menyaksikan kami semua bersiap pergi kerja. Tiba time ayah nak pakai tali pinggang dia akan offer diri untuk cucukkan tali pinggang kat lubang tempat tali pinggang tu. Nasuha rasa sungguh bangga bila ayah puji-puji sumbangan dia tu. Nasuha je satu-satunya anak ayah yang suka buat benda ni.
Posted by Picasa

Tetamu Allah

Tahun  ini kami memohon rayuan untuk mengerjakan haji. Ikutkan giliran kami patutnya tahun depan (2013). tapi nampaknya tahun ni macam lapang sikit. Sebabnya si kembar belum masuk darjah satu. alau tahun depan dah 5 orang sekolah jenuh juga atuk/opah nak entertain depa. Tahun ni pun tetiba je Allah aturkan ibu ngajar Fizik Tingkatan 4 yang bukan kelas peperiksaan. sementara tengah sihat, atuk n opah pun masih sihat eloklah pergi. Itu pun kalau Allah izinkan kerana kita boleh rancang.... Allah jua yang menentukan.


Walau apa pun, kami standby je pegi kursus.




Monday, April 23, 2012

Aktiviti hari Ahad

23 April yang lalu kami sekeluarga pergi bagi moral support untuk Nadhirah dan Hakimi yan masuk pertandingan. Kaklong menyanyi nasyid & jadi solo. Kimi wakil sekolah dia acara Tilawah. Punya la banyak penyertaan. Nasyid je 30 kumpulan. Tilawah 27 peserta. Letih menunggu dari pagi sampai pukul 2.00.

Pertandingan kali ni diorang takda rezeki. Kaklong tak dapat, kimi pun tak dapat. Tapi banyak juga tak puas hati dengan pengendalian pertandingan ni. Takpa la.. sikit sikit pejam mata jelah. tapi kesian jugak memikirkan depa jenuh practise. Apa taknya, ibu pun penat juga (menjahitkan baju kurung kaklong yang biru tu..hhehehhe..) takpa lah. sekurangnya kaklong dapat baju baru kaannnnnn......

si hensem dan si jelita

Pakcu pun kami bawak sekali.