Monday, November 28, 2011

Majlis Perkahwinan Adik Nona (Maksu)

Hari ini 26 November 2011. Maksu kawin dengan pasangannya Syamsul Syafendi b. Taharin dari Kangar, Perlis. Kita lihat sebahagian persediaan majlis maksu.



Sementara tunggu tok kadi mai, depa sempat lagi makan durian... tudiaaa... sat lagi bau satu ghumah.



Upacara akad nikah diadakan di rumah. Ni semua yang terlibat sedang mengambil tempat.



Sementara itu Nasuha asyik meragam saja. Dia mintak didukung sentiasa. masalahnya ibu nak ambik video majlis ni. Tiba- tiba Nasuha terus senyap tak meragam lagi. Nak tau dia buat apa..?



Upacara akad Nikah. Berapa kali lafaz?



Sarung cincin pulak.. flash camera bersinar sinar macam artis pulak yang kawin ni.. hehhe..



Tamat saja acara akad nikah ada beberapa pihak yang happy dengan cara masing-masing.





Acara sebelah malam pulak..

Hari Ko Kurikulum SMK Tambun

Hari ini 24/10/2011 ada aktiviti Hari Ko Kurikulum di sekolah ibu.
Satu keluarga ikut ke sekolah. Nasuha masuk aktiviti mewarna. Meh kita tengok dia mengaler. pandai tak nasuha pegang pensel.



Lepas tu nasuha dahaga. Bawak dia pergi minum kat gerai.



Lepas tu kami naik ke library sebab ibu kena conduct aktiviti. Ayah baca buku kegemaran.

Sambutan Harijadi Nur Nadhirah

Hari ini 15 Mac 2011.
Harijadi Nur Nadhirah.
Kami sambut dalam bentuk garden party kat luar rumah.
Mula-mula kami nyanyikan lagu.



Lepas tu acara bagi hadiah. hadiahnya simple-simple saja tapi itu tanda kasih sayang kami kepada kaklong. Semua orang contribute hadiah masing.



Last sekali bacaan doa oleh Alfadhil Ustaz Proffesor Dato' Dr Luqman Haqimi (gelaran ni dia letak sendiri ye.. bukan ibu. Ibu tukang panggil je)

Rajinnya anak anakku..

Dalam siri kali ini ibu nak tunjukkan beberapa video yang memaparkan kerajinan anak ibu di rumah.
Sebagai permulaan gamgar Abang Kimi dulu. tengok dia buat apa. Video ni diambil hari Ahad 27 Feb 2011.

Sunday, November 27, 2011

Bahasa Melayu UPSR

Berikut merupakan contoh video yang boleh dijadikan panduan.

lt;/iframe>

Berikut mengandungi panduan yang digunakan oleh pemeriksa kertas BM.