Tak sempat nak upload awal cerita ni. Masa ni sambutan harijadi empat orang serentak. Ayah 5/7, Haqimi 12/7, Nasuha 22/7 dan Faris 24/7.
Kami celebrate dua kali. Kali pertama 24 Julai di restoran. makan steamboat, tapi menyesal sebab susah mengendalikan budak kecik makan dengan kelengkapan dan periuk belanga yang panas-panas ni. Last-last makan tak kenyang pun. Asyik tumpah sana sini je.Makan dengan chopstick pun tak dapat-dapat nak tangkap makanan tu masuk mulut. At least untuk fun kira ok la.
Esoknya kami celebrate lagi sekali lagi kat rumah. Ha.. kali ni baru puas hati sebab bebas sikit makan di dapur sendiri. Seronok kami buat badut dengan icing. Ibu tiap kali mesti tak masuk gambar. Malu.. la pulak.Tahun depan ibu masuk gambar. Tahun ni ayah menyambut birthday yang ke 37, Kimi yang ke 8, faris yang ke 6 dan Nasuha baru yang pertama. Semoga panjang umur, diberikan keberkatan dalam umur dan rezeki , sihat dan menjadi insan yang bertaqwa. Kami celebrate dua kali. Kali pertama 24 Julai di restoran. makan steamboat, tapi menyesal sebab susah mengendalikan budak kecik makan dengan kelengkapan dan periuk belanga yang panas-panas ni. Last-last makan tak kenyang pun. Asyik tumpah sana sini je.Makan dengan chopstick pun tak dapat-dapat nak tangkap makanan tu masuk mulut. At least untuk fun kira ok la.