Monday, June 28, 2010

Selamat Hari Bapa 2010

Ini alkisah sambutan Hari bapa untuk tahun ini. Ibu pun bawak budak-budak pergi beli apa yang depa nak jadikan hadiah untuk ayah depa. Ibu bawak depa ke kedai yang sesuai dengan budget depa la.
Esoknya acara ucapan dan penyampaian hadiah. Kaklong dan Hakimi siap deklamasikan sajak lagi. nak dengar ke..?Tak jadi upload sebab suaranya takda.
Lama jugak memikir hadiah yang sesuai untuk ayah ni. Tapi akhirnya berjaya jugak dapatkannya. Harap-harap ayah suka. Hadiah daripada ibu ialah sehelai kemeja magic yang bila ayah pakai je dia akan menjadi hensem. Hakimi hadiahkan ayah sehelai seluar pendek untuk ayah bersantai di rumah. Faris yang mementingkan penampilan telah menghadiahkan shaver. Wah.. Faris memang berjiwa lelaki. Si kembar pulak berkongsi membelikan ayah ..shhhh..nak bagitau tak ni? jeng-jeng..Bodyscrub!! depa kata nak bagi ayah wangi dan gebu.


Dan Nasuha menghadiahkan pipinya untuk dicium.. Selamat Hari Bapa.
Posted by Picasa

Thursday, June 17, 2010

Putrajaya

Pada hari ini 22/5/2010 kami on the way balik dari rumah Ayahngah Khair di Putrajaya. Singgah kat Wetland. Ingat nak naik bot tapi bot start pukul 11.00. Masa tu belum pun pukul 10.00. Jadi kami pun pergi tengok kartunis buat '5 minutes sketching'. Cuba teka gambar sapa yang dia sedang lukis tu..


Ooo... ini rupanya orang yang kena lukis. nanti kita tengok hasilnya sama tak.

Tengok hasilnya..serupa ke?? muka ayah senget ke kiri. Muka ibu senget ke kanan.

Tengok, gambar siapa la gi yang dilukisnya..

muka Fawwaz serius betul. memang statik sungguh. memberi sepenuh kerjasama kepada pelukis.
Posted by Picasa

Kenduri di Lasah, Sg Siput Perak.

Hari ini 1 Mei 2010. Kami dapat jemputan kenduri dari Kak Peah di Lasah, Sg Siput Perak. Kampung ni berhampiran dengan kawasan orang asli. Kenduri ni agak istimewa sebab masyarakatnya masih bergotong royong menjayakan majlis. kami dapat ambik beberapa gambar menarik diantaranya kaum wanita yang diuduk atas pangkin yang dibuat dari buluh dan batang kelapa, meja yang dibuat dari batang pokok untuk tempat letak pinggan mangkuk. periuk belanga yang besar-besar (anak aku pun tak pernah tengok).
makanan banyak, jemputan pun ramai. Orang asli pun bermasyarakat sekali dengan orang melayu.

Posted by Picasa

Anak kembar ayah

Ini anak kembar ayah. Cantik anak ayah pakai baju kurung. dulu rambut panjang tapi sebab malas bersikat maka sekarang rambutnya dah dipotong pendek. Gambar ni masa pergi tengok Auntie Akma (Engineer kat tempat ayah kerja) yang baru dapat baby.
Posted by Picasa

Activity @Library Perak

Hari ni ayah takda. Pergi Outstation. Ibu bawak kaklong, Abg Kimi dan Abg Faris ke library Perak sebab ada Aktiviti kat sana. Banyak acara kat sana. kebetulan ibu pun bawa satu bas pelajardari SMK Tambun.
Ibu berkenan dengan display cabinet kat library tu. Hajat hati tu nak tempah yang serupa untuk pusat sumber ibu. Maka ibu pun tangkap la gambarnya nak buat contoh. Tiba-tiba ada pulak manusia sorang ni yang menyelit nak menyerikan gambar.
Tengok tu Hakimi dan kaklong sanggup beratur di tengah panas bersama pesaing pesaing depa yang semua budak besar besar. Agaknya acara apa la yang depa nak masuk ni?
Haaa... ini rupanya acaranya. Puhhh.. skillful. Sayangnya bola tak masuk pun. Eksyen kemain lagi..
Posted by Picasa

Hari jumpa cikgu di Tadika Faris


Faris terima hadiah tempat ke dua daripada Ustazah Suma. Ustazah Suma nilah juga yang mengajar Kaklong dan juga Abg Kimi.

Ini report cikgu Faris. Nampaknya Faris need to change his attitude.

Hari ini 27 Mei 2010. Hari bertemu waris sekolah Tadika Faris. Jumpa dengan semua cikgu yang mengajar dia. Cikgu Faris namanya cikgu Dina. Ustazah dia sebelah petang ialah Ustazah Suma. faris dapat no 2 di sesi pagi dan dapat no 20 kelas agama (?????????????.... ). Nampaknya Faris kena kuat berusaha lagi. Ibu tanya ustazah, Faris mengaji keluar suara tak? kat rumah dia mengaji dengan ibu macam orang berbisik je. Ustazah kata Faris ada sikit angin. Kalau kena tegur dia cepat terasa hati. Hmmm...Macam tulah dia kat rumah ponnn...! Ustazah suruh Faris belajar doa-doa macam Abang Kimi dulu yang pandai doa serba serbi. Kelas pagi faris takda masalah.
Faris sebenarnya macam abang Kimi juga tapi manjanya saja yang lebih... OK Faris, usaha lebih lagi penggal hadapan.


Kelas
Posted by Picasa

Sukaneka Permai Ria 2010




Pagi ni 14/5/2010 ada acara sukaneka Tadika Faris. Tahun ni depa buat kat Dewan Komuniti Taman Perpaduan. Faris masuk acara skipping. Tapi dia macam tak bersemangat sejak semalam. Bangun pagi tadi pun lambat. Macam tak excited saja nak pi sukan.

Kami breakfast sekeluarga kat gerai depan dewan tu. Acara Faris last sekali. Faris ada komplen partner dia skip lambat. Masa training asyik kalah je..
Tiba waktu yang dinantikan Faris pun skip. Kah..kakakakka... rupanya Faris pun sama je lambat macam partner dia tu. Patut pun dia tak bersemangat nak datang... takpa Faris. Nanti ibu anjur sukaneka keluarga kat halaman kita.
Posted by Picasa

Sambutan Hari ibu 2010

 

Selamat menyambut hari ibu..
Tahun ni depa bukan main lagi buat surprise. Ayah, kaklong, Abg Kimi dan Abg Faris pergi shopping. Lepas tu celebrate mother's day dengan ibu. patut pun ibu dilarang ikut sekali. Ibu tau sebenarnya ayah tu buat pelaburan tu.. hehehe..
Posted by Picasa