Kami pi muzium padi 25 mac hari tu. seronok juga dalam tu. boleh la kiranya kalau ibu nak bawak student pi lawatan ke sana.
Ada lukisan besar kat dalam kubah dia tapi memang luas mata memandang la. Memang betul ilusi boleh menipu mata. Tak percaya hampa pi la tengok sendiri.
Bergambar sakan.. tapi nak izin ambik gambar pun mau bayag RM2 dulu.
Paling best part ni la. Semua orang merasa berlagak jadi petani. Perhatikan betul betul ada satu petani lelaki tu tak cukup muka. hahhahahahahahha................... nasib baik takdak peti cadangan kat situ. kalau tak ibu nak cadangkan suruh pengurusan besarkan sikit saiz lubang muka petani lelaki dewasa tu. kakkakahhhhh..!!
Sunday, March 28, 2010
Saturday, March 27, 2010
Jangan memandu ketika mengantuk.
Jika anda memandu ketika mengantuk inilah jadinya. Kepala akan terhumban ke hadapan dan anda mungkin terlanggar vacuum cleaner. Berdasarkan tarikh yang tertera jelas membuktikan pemandu ini ialah Muhammad Faris b. Hasbullah.
Friday, March 26, 2010
Marry brown
Gambar ni dekat marry brown. ibu tak masak sempena satu hari mengecat pagar. Letih. Sebenarnya ayah dah terlepas cakap. Bila dia offer "ok, dah cat pagar.. sebagai balasannya malam ni kita makan luar. Lepas tu ayah pun lupa apa yang dia dah janji. Pukul 8 malam ayah pun balik dari main badminton. Dengan badan letih tengok tengok sekeluarga semua dan siap dengan perut pun lapar sekali. Nak tak nak terpaksalah ayah bawak juga pi makan kat luar.
Wednesday, March 24, 2010
Duta RFC.
Ini Duta RFC. Namanya Nur Nasuha bt Hasbullah.
Terpilih menjadi duta RFC kerana pada hari kami pergi RFC Alor Setar ni dia pakai baju oren.
Oleh kerana dia DUTA maka dia boleh duduk di kerusi mana yang dikehendaki dan boleh duduk dengan apa saja gaya yang disukai. Tak percaya tengok la cara dia duduk dengan senang hati tu.

Oleh kerana Nasuha dah jadi duta maka kami pun dapat la makan RFC dengan free.
Kami pun melahap dengan rakusnya RFC Combo pada hari itu.
Friday, March 19, 2010
Pertandingan meniup belon
Kaklong masuk pertandingan meniup belon masa sukaneka Permai Ria di Kelab Klebang Putra. Ha..hahaha.... orang lain dah tiup besar besar kaklong tak pun masuk angin dalam belon.. ahahaahahahaha....!!!! Angin kak long tak masuk belon. Mungkin kaklong sedang kentut semasa meniup. Maka angin dia keluar kot jalan lain. Aaahahahahaha....jangan marah..
Hari ini dalam sejarah
Alamak comelnya 2 orang budak ni. Ini gambar lama. Hari ni hari pertama Haqimi sekolah di Tadika Permai Ria. Kaklong masa 4 tahun di tadika Didikanku, Bercham Raya. 5 Tahun dia transfer ke Permai Ria. Kemudian Haqimi pulak ikut.
Thursday, March 18, 2010
Deepavali 2009
Open house di rumah uncle Ragunatan di Silibin, Ipoh. Uncle Ragu ni one of ayah's best friend. Wife dia pun ok, friendly.
Dalam gambar ni ada officemate ayah yang lain iaitu Auntie Rosmaya dengan family dia.
Wife uncle Ragu pandai menjahit. Dia pun pandai menghias rumah. Ibu sempat snap gambar curtain rumah dia yang dia jahit sendiri.

Rempit..
Di suatu di musim cuti sekolah (14.03.2010) kita bermain main di halaman rumah. Ayah mendukung Nasuha dengan aksinya seperti 10 tahun yang lalu (memang muka Nasuha sebijik macam kaklong masa baby, gambarnya pun ada lagi). Nasuha tu dah la pakai baju secondhand (kimi punya dulu). Berlagak, nak dukung pilih pilih orang pulak.
Lepas tu kelihatan sekumpulan geng rempit (nauzubillah) dengan kenderaan masing-masing. Seronoknya budak-budak ni main basikal. 3 orang dah naik basikal tanpa support wheels. Tetiba je depa pandai sendiri. Tak macam ibu dulu belajar basikal sampai banyak peristiwa ngeri. Diantaranya terbabas dalam parit dengan basikal sekali. Tersembam dalam rumpun mengkuang la.. bercalar-calar badan. Yang paling ngeri sekali peristiwa terlanggar kucing orang ( langgar lari pulak tu..). 2-3 malam jugak termimpi kucing tu muncul menuntut bela. Sampai sekarang makcik tu tak tau siapa yang langgar kucing dia.
Walau apa pun, kalau aku nampak korang buat wheely.. siap nanti aku patah patahkan basikal tu. Ayah kata kalau dia pulak nampak dia akan patah-patahkan kaki orang tu. Kenderaan untuk memudahkan kita, bukan bagi kita musibah.

Faris yang rajin
Pagi ni selepas sarapan, semua orang terbaring tengok tv. hari ni semua orang macam malas je. Mentang mentang cuti sekolah. Ibu dah siap sidai kain, nak start masak pulak. Kak Rena mengenjut Nasuha yang tak mahu mahu tidur. Tetapi ada seorang yang menyendiri di dapur sambil membuat sesuatu...
Wednesday, March 17, 2010
Storage solution
Assalamualaikum anak cucu semua..
kali ni opah upload gambo bilik utiliti opah. Bilik ni akan datang akan jadi bilik Kimi & Faris (anak lelaki). Buat masa ni 2 orang bujang tu tersangatlah penakutnya (masih nak tidur dengan ayah ibu.. itu le opah tak bagi diaorang tengok cerita Keliwon, cheplos dan mistik tapi depa nak tengok jugak sebab katanya opah pun tengok).
Cuba tengok seni lipatan baju opah. Kemas dan rapi tak? Ni semua baju opah tau (bukan la nak highlight opah banyak baju tapi tu baru bukak satu pintu tuhhh !!!) lagi 2 pintu tu misteri. Kalau tunjuk tu lagi la menakjubkan. Sebenarnya opah nak tekankan pada anak cucu opah, betapa pentingnya sikap bersih, kemas dan rapi ni. Ada orang yang bersih tapi belum tentu dia kemas tau. Barang/bilik dia bersih dan bebas habuk tapi tak tersusun. Ada orang yang bersih dan tersusun tapi susunan dia mak aii.. tak menepati ISO, SIRIM pun tak lepas.

Opah ni jenis tak sampai hati nak buang barang lama especially kain baju. Baju opah 20 tahun dulu pun opah boleh pakai lagi. Disebabkan opah suka menjahit jadi bila nak buang kain lama terus teringat produk apa yang opah boleh buat dengan modify kain lama ni. Maka bila terbayang kraf itu ini, terus la tak jadi buang. Tu yang jadi berlambak lambak tu. Sebelum ni opah bubuh dalam plastik. Berbundut-bundut la.. macam pelarian. Letak pulak atas almari tu, lagi la serupa stor. (Itu belum tengok stor opah yang sebenar lagi).
Maka terfikir la di kepala otak opah ni, apa kata opah organise balik barang lama tu dalam bentuk yang boleh jadi hiasan sekaligus. Tu la terhasil yang berderet deret atas lemari tu. Nampak macam hadiah je. Tapi kedekutnya la tuan punya hadiah ni sampai tak kasi orang langsung.
Opah ambik kotak kertas A4 dari kedai photostate lepas tu opah balut cecantik. Opah isi le dengan kain baju lama opah. Tapi kotak bukan sebarang kotak, kotak kertas A4 je tau.. sebab saiznya sesuai dan ada penutup. Kalau nak beli yang dah siap kat pasaraya pun ada. tapi baik le balut, murah dan kita bolah rancang warnanya.
Inilah dia bilik utiliti opah yang square je. Semua barang masuk dalam laci dan kotak. Bilik ni serbaserbi boleh. Melipat, menggosok dan normally bebudak lepas mandi terus bersiap kat bilik ni. Lepas depa mandi habis bilik ni jadi tunggang langgang. Sebab tu atas meja make up tu pun opah tak letak alat solek berderet-deret. Sat lagi runsing opah dalam rumah sendiri.
Tuesday, March 16, 2010
Faris mengamuk
Surat kiriman tak rasmi
No. 1234 Japanese Garden
Bukit Tinggi, Pahang.
19.12.2009
Kehadapan ibu dan ayah yang diingati,
Apa khabar, kaklong di sini. Kaklong sihat dan baik-baik sahaja. Tujuan kaklong mengirimkan surat ini ialah untuk menunjukkan gambar kaklong pergi jalan jalan supaya ibu dan ayah jeles.
Gambar ni semasa Kaklong dan Nasuha berjalan-jalan di sebuah kampung tradisional di Nagoya. Tiba-tiba seorang makcik jepun memakai kimono menegur kami. Mukanya sebijik macam muka ibu. Dia mencuit cuit nasuha. Dia berkenan nak jadikan nasuha anak angkat dia. Dia nak bawak nasuha balik tapi kaklong tak kasi.
Sekian sahaja dari kaklong. Bila tengok muka makcik tu mengingatkan kaklong kepada ibu. Kaklong rindu kat ibu. Takda pulak pakcik jepun yang macam muka ayah kat sini.
bye
anakmu yang jauh.
Nur Nadhirah

Huruf di langit
Suatu hari, bermain basikal di luar rumah. tiba tiba terlihat huruf di langit. Huruf apakah ini? anak anak berkerumun, yang didalam rumah menerpa keluar, yang berbasikal menongkat basikalnya serta merta, yang bergaduh tiba-tiba diam. melihat dengan penuh taksub. sempatla ibu menangkap gambar fenomena keagungan Allah ini.
Saturday, March 13, 2010
Perunding fesyen rambut
mentang mentang le kaklong dah ada perunding fesyen rambut (kak Rena), hari-hari rambut dia bertukar fesyen. ada banyak lagi sebenarnya gambar kaklong dengan fesyen rambut yang ibu pun tak pernah tengok. Nantilah ibu kutip dan kumpul semua gambar-gambar tu dan ibu upload.
Mana-mana pun boleh..
Faris ditemui tertidur sendirian dekat wet kitchen selepas permintaannya tak dipenuhi. Kesiannya anak aku......
Subscribe to:
Posts (Atom)