Sunday, January 10, 2010

Rekreasi di Kem Intan Suraya, Sungai Siput.




2 hari lagi sesi persekolahan 2010 akan dibuka. Sempat lagi kami pi bercuti.
kali ni 3 keluarga pi. Keluarga kami, keluarga Encik Harun dan keluarga En Sudin (tapi wife dia tak ikut). Itulah dia kenderaan masing masing yang siap sedia untuk dipunggah.





Terletak di permulaan sungai Perak, kem ini milik persendirian yang diusahakan oleh seorang bekas cikgu untuk kursus kursus BTN, motivasi, rekreasi, bina semangat dan itu ini.
Memang best, tempat ni sesuai untuk buat family day sebab dia ada penginapan yang murah, selesa (ber-aircond walaupun nampak kampung style) dan ada ruang untuk sukaneka, barbeque, karaoke dan yang paling best sekali mandi sungai dan memancing. Terasa betul dia punya kampung life.

seronoknya anak aku mandi sungai.
Aku pun mandi sekali. tapi takda paparazi yang nak tolong amik gambag.

Bestnya bila kaklong tetiba tanya aku,
"Ibu, ibu pernah tak kena gigit dengan ikan?
pernah, tapi dah lupa macam mana rasanya.
Nak tau dak, kaklong baru tadi kena gigit dengan ikan.
ye ke..?
betul ibu, dia gigit 2 kali. gigi dia tajam...
tak takut ke ? "

belum sempat dia jawab suami aku menyampuk kat aku dengan mulut pun tak berapa nak bukak ,
"Actually the bites is from me.. I pinched her leg"

Kaklong terdengar..
Terus kaklong menjerit sambil pukul-pukul ayah dia..


..................................................................................................................................................................
Anda mahu beli barangan Tupperware untuk kegunaan sendiri, mahukan harga ahli tanpa membayar yuran membership, klik pada pautan ini Group Telegram Happy Tuppy
................................................................................................................................................................



Posted by Picasa