Tuesday, June 21, 2022

Rahsia kejayaan keluarga (part 1).

Dua tiga hari yang lepas keluar sudah keputusan SPM 2021. Anak kami yang ketiga mengikuti jejak kakak dan abangnya yang memperoleh straight A dalam SPM. 

 

Ramai yang bertanya, apa rahsia disebalik kejayaan mendapat anak-anak yang pandai dan memiliki ciri-ciri anak yang soleh. Tidak ada rahsia kerana semuanya akan dikongsi. Semua langkah telah diambil tetapi tidak tahu mana satu yang Allah pandang dan berikan nikmat ini semua sebagai ganjaran. 
Saya boleh cerita di sini untuk kawan kawan khususnya ibu-ibu muda yang sedang bertarung mendidik anak-anak. 

Part 1 : Senjata ibu bapa ialah doa.
Doa parents takda hijab.Jangan paksa Allah tunaikan doa serta merta. Sebab dengan Allah kita mengemis, bukannya mengarah. 
Doa sebaiknya disertakan nazar dan sebab kenapa kita nak hajat kita tu. Nazar maksudnya berjanji menunaikan sesuatu yg baik sekiranya memperoleh hajat. situasi dia macam ni. Semua anak, kami nazarkan akan hantar mereka ke Mekah untuk Umrah kalau dapat stret A. Soal duit dan kemampuan tu urusan Allah. Tapi sampai masanya ada je jalannya Allah mudahkan.
Setiap kali berdoa, kami akan mohon Ya Allah, jemputlah anakku (sebutkan nama) menunaikan umrah. SUPAYA.. semoga lepas dia lihat Baitullah dia akan lebih rajin beribadat, jauhi yang lagha, kurangkan main game, tinggalkan aktiviti yang melalaikan. Semoga lepas umrah dia lebih taat pada kami ibubapanya (sebutlah semua yang baik2 dan semua yang Allah suka).
Sesungguhnya takda benda baik yang Allah tak suka. Kalau kita berhajat pada kebaikan pasti Allah akan sokong. Bukankah kalau nak ke Umrah kena Stret A dulu, sebab itu yang kita nazarkan? Maka Allah akan bagi stret A pada anak kita. (Saya dapat idea berdoa macam ni drp seorang Ustaz muda yang datang ceramah di SMK Tambun. Dia kata kalau berdoa mahukan zuriat, sebutkan supaya anak yg lahir tu nanti kita nak jadikan Hafiz/Mujahid yang membela agama. Jangan minta zuriat sebab malu kat orang, dah lama kawin takda anak. Begitu juga jangan berdoa minta kaya, sebaliknya mintalah supaya Allah jadikan kita ahli sedekah, ahli zakat. Sebab nak bayar zakat banyak kena kaya terlebih dahulu). 

Umrah Nur Nadhirah (2018)

Anak kami 6 orang. Panggil mereka dengan nama yang mengandungi maksud. Jangan ringkaskan nama jadi sebutan yang takda makna. Penat kita rancang nama yang baik untuk anak. Tapi tak digunakan. Panggilan terhadap mereka itu juga doa. 
Nadhirah (yg berseri-seri), 
Hakimi (yg cerdik macam hakim)
Faris (yang tahu semua perkara, ahli firasat..)
Nabilah (yg cerdik)
Najihah (yg berjaya)
Nasuha (yg bersungguh2)

Jangan berdoa saja tanpa alasan/sebab. Itu dah macam pentingkan diri semata-mata. Dengan Allah mahu Take saja tapi tak mahu Give. Kami doa semasa diArafah (Haji 2014), semoga anak2 kami  pandai dan fasih berbahasa Inggeris. Melalui kebolehan berbahasa mudah mereka berdakwah, harap nanti dapat meninggikan martabat bangsa dan agama Islam. Sebab orang melayu Islam selalu dipandang rendah kerana tak boleh berbahasa Inggeris. 
Eka

Kami doa semoga anak2 kami suka membaca dan cintakan ilmu. Bukan untuk diri mereka sebaliknya bila mereka sukakan buku, suka belajar ilmu baru nanti mereka akan tolong orang, mereka akan ajar dan tolong kawan2 yang tak tahu. Automatik bila anak sudah sukakan ilmu, suka membaca,  prestasi yang baik dalam akademik akan menyusul. 





























Kat restoren pun bawak novel.

Kat rumah takda mainan. Ada bahan bacaan saja.




surah Ar Rahman.
Masa anak sedang golek2 dekat dengan kita gosoklah kepala mereka sambil bacakan 4 ayat surah Arrahman. Sambil baca lintaskan doa dalam hati selaras dengan maksud ayat tu.

1] (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Dalam hati sebutkan Allah yang bersifat pemurah sudah pasti akan tunaikan apa saja hajat hambanya. Begitu juga hajat yg kita mahu pada waktu itu).

[2] Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran
Doa Semoga anak anakku cintakan quran, pandai ilmu Alquran. Alhamdulillah setiap lepas solat anak2 mengaji tanpa disuruh. 

[3] Dia lah yang telah menciptakan manusia/insan
Harapan kami agar anakku kami jadi manusia yang berguna. Jadi ‘orang’ dengan bahasa yang mudah.

[4] Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) menyampai dan menerima mesej.
Semoga anakku petah berbicara. Boleh berucap, berhujah. Penyampaiannya difahami dan orang dengar cakap mereka.

Masa baby saya bacakan Arrahman ni sambil menyusukan, sambil suapkan makanan. 
Bila dah besar saya bacakan masa mengejut mereka bangun nak pergi sekolah.



Basuh beras sambil berdoa
Semasa ibu mencuci beras, kacau dalam arah anti clockwise (lawan jam : seperti ibadat tawaf). Sambil berdoa semoga siapa saja yang makan nasi ni, Allah lebutkan hati mereka sebagaimana lembutnya nasi yang asalnya keras macam biji beras tu.  Supaya mudah memahami ilmu dan menerima nasihat.  Termasuklah hati suami, dan hati kita sendiri pun. 

Gambar lagi..








End of part 1
==================================================== 
Dalam bahagian yang ke 2 saya akan tulis tentang membentuk akhlak anak-anak. 
Bila akhlak anak dapat dikuasai, mereka boleh diuli, dibentuk menjadi corak yang kita mahu. 
Sebab mereka patuh pada ibubapa. 


Friday, June 7, 2019

Nasi arab raya 2019

Sedap tau.. ini satu keluarga punya. Talam tu kecik je tu.. 

Ini salatah. Dapat kat orang melayu jadi jelatah. Tak pedas pun.. yang buat merah tu tomato jer..




Tahun ni masak nasi arab 2 periuk. 3 kilo kambing dan 2 ekor ayam. Beras basmathi 3 kilo.

Mula2 rebus 3 kilo kambing tu dlm satu periuk noxxa. Kesilapan kerana high pressure sampai 30 minit hingga daging relai. Patutnya 10 minit pun memadai sebab kambing tu bahagian bahu. Masa rebus daging, masukkan 1 labu bawang besar potong 4, 1 tomato potong 4 dan rempah 4 beradik, 1 camb rempah sup, 1 camb rempah kurma. Bubuh garam 1 camb. Serbuk perasa juga..
Sementara itu, bersihkan ayam dan perap dgn sos tiram, 3 camb rempah kurma dan 1 camb garam. Macam selalu buat nasi ayam tu.
Siap gaul ayam, masukkan dalam peti sejuk.
Berbalik kepada kambing. Keluarkan isi kambing drp noxxa dan perap macam ramuan ayam tadi. Kalau nak sedap, taburkan lada hitam kisar (2 camb) bagi dia timbul aroma bbq. Biar sekejap bagi dia mesra.
Untuk Salatah:
4 biji timun cina dan 2 karot dipotong dadu. 1 labu bawang besar dan segenggam daun pudina. Gaul dengan cuka/air lemon, gula garam.

Untuk Salsa:
Dalam 1 blender, masukkan 4 biji tomato besar yg dipotong 4, 4 tangkai cili merah dan secekak daun ketumbar. Blend dengan sedikit je air sekadar menggerakkan blender sebab tomato membawa air. Ketumbar akan menghapuskan bau maung cili dan tomato tu. Adjust gula garam. Sedap sambal ni.. untuk satu blender penuh tu saya letak garam 1 camb dan gula 2 camb kot.

Panggang kambing perap dalam oven. Saya panggang api 250 C selama 1 jam sambil daging tu dikalih kalih. Panggang untuk bagi rempah kambing tu nampak macam kering kena salai. Sebenarnya, versi asal nasi arab, isi  kambing takpayah diperap. Terus masak sekaligus dengan beras. Tapi ini saya modify sehingga daging tu enak dimakan begitu saja. Ini yang buat nasi arab ibu ni lain dari yang lain.

Selesai masak daging, panggang ayam pulak. Panggang sekali gus dalam 1 tray 30 minit untuk bagi masak isi ayam tu. Air akan keluar menggenangi ayam. Keluarkan tray dan alihkan atas dapur gas untuk keringkan air. Balik balikkan ayam supaya nampak garing.

Masak nasi:
Nisbah cecair untuk masak nasi basmathi ialah 1 beras + 1.5 air dan beras perlu direndam dulu selama 30 minit. Ini supaya nasi jadi lembut tapi tak patah.
Satu periuk noxxa dan 1 periuk nasi large boleh masak maksimum 1.5 kg. Nasi memang penuh sampai ke penutup. So saya masak 2 periuk la. Satu untuk versi kambing dan satu untuk versi ayam sebab mak mentua saya tak boleh makan daging.
Air rebusan kambing tadi saya sukat dan tambah lagi air sehingga jadi 2.25 kg sebab beras saya tadi 1.5kg. Blend 1.5 biji bawang merah besar, 1/2 labu bwg putih. Bunga lawang 4, pelaga dan cengkih 5 butir setiap satu, kulit kayu manis 1 batang. Untuk mewakili gabungan jintan2 dan ketumbar saya masukkan rempah kurma 1 camb. Tumis dgn 1 cawan minyak (gabungan minyak masak & minyak sapi atau mentega). Masukkan 5 helai daun bay, 5 tangkai cili hijau yg tidak dipotong, beras dan air rebusan. Adjust garam. Untuk periuk ini saya tambah 1 camb garam lagi sebab air rebusan tadi pun dah bubuh garam juga. Kacau dan masak dlm hp 7 minit.

Sementara tu, tumis bahan yang sama utk periuk nasi versi ayam. Kali ni air rebusan ayam takda sebab ayam saya tadi tak direbus. Cuma saya letak 2 chicken cube untuk flavor ayam. Saya bubuh 1.5 camb garam sbb kiub ayam pun ada masin dan 2 camb gula. Kalau nak cepat masak atas api gas sambil kacau. Bila air kering pindahkan  ke periuk nasi dah tekan supaya masak complete.

Untuk dapatkan bau salai, bakar 2 ketul arang kayu. Buka tutup periuk. Masa ni kalau nak letak pewarna dah boleh. Dropkan 2-3 spot warna kuning di atas nasi. Jgn  kacau dulu.. buat lubang kecil di tengah periuk. Letak tin berisi minyak zaitun dan bubuh arang kayu yg merah menyala. Asap akan keluar berkepul2.. tutup semula periuk nasi. Biar nasi tu nanti ada bau salai sebab versi asal nasi arab ni dimasak dalam dapur arang..

Nanti bila buka periuk nasi, gaul ratakan nasi supaya pewarna tadi berterabur dalam keseluruhan nasi. Saya bezakan, nasi versi kambing ada kaler. Nasi versi ayam takda kaler..

Maka terhasil la nasi arab yang panjang tapi tak patah, lembut tapi tak lembik, rasa lemak tapi tak berminyak sgt.. ditambah aroma salai tapi bukan hangit. aduh.. cakap pun tak guna.

Sukatan ni cukup kalau semua sekali balik. Ini pun kami makan sampai malam. Tapi selesai jugak la. Takda bazir.

Tuesday, January 22, 2019

Sesi Taklim keluarga 22 Jan 2019

Giliran Luqman memberikan Tazkirah.
Tajuknya kelebihan beristighfar. 


Sunday, November 19, 2017

Homestay Paklah Ipoh, dekat Lost World Of Tambun.

Homestay Paklah Ipoh

38, Persiaran Perpaduan 3, Taman Perpaduan, 
31150 Ulu Kinta, Perak

Hubungi: 
Pn Shidah 01165051844

Harga/malam  RM180

Keperluan Tempahan
Deposit RM50 ke akaun Maybank 158462079718 

Masa Check In : 2.00 pm
Masa Check Out: 12.00 pm








Jarak homestay Paklah ke Lost World dekat je. 5 minit perjalanan kereta sejauh 1.5km. 












Homestay Paklah memang nampak simple dan basic sangat.. tapi setakat ini, pengunjung yang datang pasti akan rekemen kawan-kawan untuk menyewa di sini. Anda nak tahu kenapa? marilah check in dan anda akan tahu apa value added yang ada di homestay ni.

Gambar di atas ni mula-mula opening. Now sikit-sikit kami improve.










Sesuai utk yang ada urusan kenduri kahwin, pendaftaran, konvo, temuduga, kursus dan percutian bajet.

Koleksi gambar yang lebih terkini ada di pautan ini   https://photos.app.goo.gl/voWy5vZsyewPF1Nl2

     Terma dan syarat: 
  • Muslim sahaja
  • Bagi yang bukan keluarga, hanya jantina yang sama dibenarkan
  • Kemudahan bantal dan toto extra disediakan.
Tarikan di kawasan berhampiran.

Aman Jaya Ipoh (20 Minit)
Bandar Raya Ipoh/Green Town Mall ( 20 Minit)
Convention Center Ipoh (20 Minit)
Hospital Seri Bainun Ipoh /Hospital Pantai/Hospital Kpj( 20 Minit)
Hypermarket Giant, Tesco Extra, Jaya Jusco (15 Minit)
Insitut Perguruan (10 Minit) 
Kolej Sains Kesihatn Bersekutu (20 Min)
Kolej Udara Tudm (30 Minit)
Komplek Sukan Ipoh / Stadium Indera Mulia Ipoh (20 Minit)
Lost World Of Tambun (5 Minit)
Movie Animation Park Studio (MAPS)-20 minit
Pekan Bercham (5 Minit)
Pekan Tg Rambutan (5 Minit)
Pga Ulu Kinta ( 10 Minit)
Politeknik Ungku Omar (20 Minit)
Pusat Perkelahan Ulu Chepor (25 Minit)
Star (20 Minit)
Sunway City (10 Minit)
Taman Rekreasi Gunung Lang(10 Minit)
Universiti K/Lumpur Ipoh/Kolej Poly-Tech Mara Ipoh (20 Minit)
Yayasan Al-Barakah Manjoi (30 Minit)

Tuesday, October 10, 2017

Luqman yang rajin belajar

Tak lama lagi akan ada peperiksaan PT3.
Luqman bangun awal pagi dan study.
Dia bangun pagi tanpa dikejutkan.
Dia bagus dalam semua subjek.
Hari ni dia ulangkaji English.

Thursday, September 21, 2017

Jiran kami yang rajin

En Azizul dan anak kembarnya. Volunteerly mengutip sampah kat playground depan rumah kami. Patut dicontohi.

Saturday, March 18, 2017

Faris dan Nadhirah main chess

Smk Bandar Baru Putra.
10-11 Mac 2017.
Peringkat Daerah Kinta Utara.

Thursday, March 16, 2017