Balik Kampung di Tg Piandang. Singgah makan laksa di Ban Pecah. Cantik tempat ni. Dulu nenek sedara aku pernah tinggal di sini. Ban pecah ni dipanggil sebegitu rupa kerana ada sejarahnya. Ia begitu unik kerana sawah padi dipisahkan dengan laut hanya dengan batas sempadan yang orang sebut 'ban'. Dikatakan ada seorang yang telah memakan harta anak yatim yang dipeliharanya. Orang itu telah merampas tanah sawah yang sepatutnya diwarisi oleh anak yatim berkenaan. Ditakdirkan Allah, ban yang memisahkan air masin dan air tawar itu telah pecah lalu menenggelamkan sebahagian besar sawah-sawah di situ. Bermula dari situlah tempat itu dipanggil Ban Pecah. Nenek sedara aku yang turut kehilangan sawah telah berpindah mencari penghidupan baru di Parit Tok Ngah. Tidak lama kemudian kerajaan telah menambak batas itu dengan bongkah bongkah batu untuk menjadikannya lebih kukuh.
Sunday, December 21, 2008
Cuti di kampungku
Friday, December 5, 2008
Muhammad Faris
Faris ni kalau nak apa apa dia akan gunakan kekerasan. Walau pun nak susu. Suara dia pun memang macam petir. Dia makan banyak. semuanya berselera. Sebelum pergi makan kat luar dia akan makan dulu di rumah sebelum berangkat.
Faris berani mencuba semua perkara. Tak mustahil dia yang paling berjaya esok lusa. Ibu tak tau minat sebenar faris ni apa. Sebab semua benda dia minat..kuali dan sudip pun minat, screwdriver dan hammer pun minat, gunting dengan kain pun minat. Bila ibu menjahit dia offer diri untuk putuskan benang bila perlu. Kalau tanam pokok, dia akan terbalikkan pasu bila tak dapat peluang nak tolong. Sampai bila ibu drive dia offer nak tukarkan gear. Kalau tak bagi dia akan on suis hazard dan bagi signal tak tentu hala.
Semoga Allah jadikan Faris anak yang Soleh. Faris belum pandai azan. Sembahyang pun dia boleh tumpu 2 rakaat yang pertama je. Ibu doakan Faris jadi Ustaz sebab Ibu nak Faris yang bacakan Talkin kalau ibu dan ayah meninggal.
Subscribe to:
Posts (Atom)