Monday, November 28, 2016

Tahniah lagi sekali untuk si kembar

Tahun 2016 merupakan tahun gembira untuk Nabilah dan Najihah.
Najihah dapat no 1 dalam darjah. Nabilah pulak no 2 dalam kelas dan no 7 dalam darjah.

Tahniah Faris

Tahun 2016 ni menyaksikan Faris menghadapi UPSR dengan persediaan yang sungguh sambil lewa. Seluruh isi rumah risau kerana Faris hanya belajar bila disuruh. Result faris sepanjang tahun semuanya atas pagar.
Tahun ini Faris akan menghadapi UPSR dengan format baru KSSR. Lima subject sudah ditambah lagi satu menjadikannya enam iaitu tambahannya ialah English Penulisan.
Pada minggu exam pun Faris sempat lagi main bola. Bila disuruh revise dia akan terlelap dengan buku menutup mukanya.
Akhirnya Faris meraih 3A3B. Tapi yang menghairankan, A nya ialah untuk BM penulisan dan kedua dua mp English. Maths yang selama ni jadi makanan dia pulak dapat B je.
Apa pun kami semua berbangga juga bila PPD umumkan 3a3B layak juga memohon Sbp dan Mrsm. Tak ramai pun yang 6A tahun ni
Faris ni kesimpulannya seorang yang     m _ _ _s tapi cepat pickup. Buktinya dalam tak belajar tu pun UPKK dia 8A, SRAi dia 5A1B dan Sijil Pend Agama dia 6A jugak.
Wahai Faris.. semoga kamu dikurniakan oleh Allah rezeki yang luas pada masa hadapan.