Monday, November 19, 2012

Faris - Pemilik Syarikat Penerbangan



Anakku Muhammad Faris.
Cita-citanya besar.

Dahulu dia kata mahu kerja jual tanah.
Ibu tanya, jual tanah untuk tanam bunga tu ye?
"Bukan, Faris beli tanah kat kampung murah-murah,
lepas tu jual kat orang lain mahal-mahal.."

Kemudian dia mahu jadi Pilot.


"ibu, kapal terbang yang pilot bawak tu dia punya sendiri ke ?"
(dia ingat macam teksi persendirian kot).


Ibu cakap tak.. pilot makan gaji dengan syarikat penerbangan.


"Tuan punya syarikat tu pandai bawak kapal terbang tak?"

Ibu jawab, tak semestinya. 

Yang penting dia ada ilmu. 
Berani buat pinjaman juta-juta untuk adakan modal besar. Pengalaman pun penting untuk urus perniagaan.

"Kalau macam tu Faris nak jadi pemilik syarikat kapal terbang lah". 


Faris sukakan kereta mewah.
Semua jenis kereta mewah dia kenal.































Kalau begitu mesti belajar bersungguh-sungguh dan banyak membaca. 
Mesti ada disiplin diri yang tinggi. 
Berusaha untuk dapat apa yang dicita-citakan.
Minta pada Allah tak henti-henti.

Tapi kalau perhatikan gambar di bawah..
Inilah style Faris belajar..
tak pernah serius.
Sehingga terpaksa perlukan bantuan.
Satu objek panjang
kalau tanpa objek ini disisi
ulangkaji kali ini pasti tak mencapai matlamat






















Apa taknya..
sampai pen pun dia tak larat nak pegang
kertas pun ibu yang tolong 'turn the page'
ibu bacakan soalan
dia jawab dengan mulut saja
itu pun dengan suara berbisik
sepatah demi sepatah..
leher pun tak boleh tegak.

Ya Allah, 
kurniakanlah hambamu ini kesabaran
berhadapan dengan 'pemilik syarikat penerbangan' 
yang bertuah ni.



Walau pun batch mereka sudah mulakan PBS, cikgunya kata exam tetap dibuat utk sort pelajar bagi Hari Anugerah kecemerlangan.

(sewaktu catatan ini ditulis, Muhammad Faris sudahpun mendapat keputusan peperiksaan akhir tahunnya. Alhamdulillah Faris dapat highest untuk Maths, Science dan BM Pemahaman)

Sunday, November 18, 2012

Keputusan UPSR 2012

Pukul 9.30 pagi sampai di Dewan SK Marian Convent.
Guru-guru sudah menunggu.
Nadhirah berjumpa cikgu untuk dapatkan slip.
Slip tak ada.
Sebaliknya diberikan nombor diarahkan berkumpul.
Kaklong terpinga sikit. 

Tiba-tiba Dr Tharizah (Isteri YDP-PIBG) datang peluk ibu dan ucapkan tahniah. Rupanya dia dah tahu lebih awal.

Kaklong dapat 5A. Anaknya Syafiqah pun sama. 


Ayah menangis. kaklong pun tak mampu nak bukak mata.
Ibu tak sabar-sabar nak ambil gambar. Muka depa belum ready.


Giliran ibu pulak bergambar.
Airmata gembira dah lap dah...

Pengumuman dibuat.
Semua pelajar yang mendapat 5A diarah bergerak bersama guru besar ke SK Convent. 
Disana ada majlis Sidang Media dan penyampaian Hadiah.
Pengumuman keputusan UPSR secara rasmi dibuat di sana. 
Sekolah-sekolah dan pelajar terbaik diumumkan di hadapan wartawan. 

Kami tak tahu nak ke sana.
Cara yang terbaik ialah follow kereta Puan Guru Besar


Sampai di sana terus mendaftar

Ada ramai pegawai JPN/PPD dan wartawan.


Press Conference sedang berlangsung.
Sempat bergambar dengan kawan-kawan.

Sekolah Kaklong (SK Marian Convent) diumumkan sebagai sekolah yang yang produced bilangan 5A paling ramai peringkat negeri Perak iaitu 60 orang.

Sekolah-sekolah terbaik di setiap daerah diumumkan.
Sk Convent (Tuan rumah) diumumkan sebagai Sekolah Terbaik Keseluruhan Negeri Perak.


Kaklong menerima slip peperiksaan daripada
YB Dato' Zahir.

Bergambar bersama wartawan


Ini dia slip keputusan Kaklong.
Siap dilaminate.

Pukul 12.30 kami kembali ke Sk Marian Convent.
Guru besar pun dah ada di biliknya.
Kami terus berjumpa beliau sebab kaklong ada sedikit urusan.

Kaklong menyampaikan nazar dia kepada Puan Guru Besar

Syukur atas Rahmat Allah untuk Nur Nadhirah.
5A ini bukan destinasi.
Ia sebenarnya satu tiket.
Yang sekian lama kita sekeluarga idamkan.
Kaklong akan gunakannya sebagai batu loncatan untuk ke destinasi yang lebih tinggi. 


InsyaAllah, dengan slip ini kaklong akan memohon ke
MRSM yang ada Program Ulul Albab tu.

Terima kasih Kak Long.
Semoga menjadi contoh kepada adik-adik berikutnya.


Gambar-gambar di bawah ini sekadar mengenang nostalgia.
Teringat kembali perjuangan kita. 
Yang telah bermula seawal kaklong darjah satu.

Ingat tak? Ini hari pertama kaklong menjejak kaki di SKMC.


Ayah dan ibu tinggalkan homework sebelum pergi kerja.
Balik nanti kita bincangkan jawapannya.
Ia berlaku setiap hari.

Kaklong anak pertama yang ramai adik-adik kecil.
kalau di rumah kita tak boleh belajar dengan selesa.
Adik kembar dan baby Nasuha selalu mengacau.

Lalu setiap hujung minggu..
ayah akan bawa kaklong, Kimi dan Faris,
mencari lokasi lain yang lebih kondusif dan tenang untuk mengulangkaji.



Di pentas Dewan Terbuka SMK Tambun
inilah antara lokasi pilihan.

Ayah dengan ibu rasa terbayar segala penat lelah.
Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu Kaklong.
Termasuklah juga Guru Tuisyen Kaklong (iaitu ayah).

Kenanglah jasa ayah.
Walau pun Guru bukan kariernya.
Dia sanggup belajar semula semua subjek kaklong, 
macam dia pulak yang nak periksa. 
Dan dia akan pastikan kaklong belajar topik itu in advance...
Supaya kaklong lebih senang faham bila belajar dengan cikgu di sekolah. 

Tahniah Nur Nadhirah..

Saturday, November 17, 2012

kimi dan faris berkhatan

Hari ini sabtu 17/11/2012.
Hari bersejarah dalam hidup Hakimi dan Faris.  
mereka akan masuk ke alam dewasa.
Lepas ni boleh masuk saf dewasa dalam mesjid.
lepas ni boleh jadi imam solat.


Hakimi dah nak kena inject. Atuk tengah mententeramkan dia.

Faris tengah diinject oleh doktor. faris lagi steady..rilek je.

Skarang ni abang kimi sedang disunat.
Faris yang baru kena injek sedang menunggu giliran.


Urusan selesai. Muka Faris nampak gembira. 
Abang kimi kenapa sedih je?
Mesti sedih sebab 'isipadu' dah berkurang..
``

menunggu ubat disiapkan. Hari ini agak tenang. 
Orang tak ramai.
di Klinik Dr Sabarudin Medan Gopeng. 

Perjalanan balik ke rumah.
Opah ajar ibu macam macam petua.
Macam mana nak jaga budak lepas bersunat.

Faris kata depa dilayan macam raja. 
Sampai ke rumah dah ada tilam menunggu.
nak makanan orang hantarkan.
mandi pun ibu temankan.


Tiba waktu solat.
Tanggungjawab tetap kena laksanakan..

Pertama kali mereka bersolat sambil berbaring.
cuba teka apa dia 'surprise' kat dalam kain pelikat tu?
mereka memanggilnya SANGKAR BURUNG !!!!





Thursday, November 15, 2012

Jurnal kenduri - Luqman dan Faris berkhatan

Hari ini hari rabu. Esok 15/11/012 kami nak buat kenduri doa selamat.
Luqman dan Faris akan berkhatan pada hari Sabtu akan datang (17/11/2012).

Oleh kerana cuti sekolah pun dah bermula, kami cadang buat gotong royong adik beradik.

semua kerja bermula petang ini selepas waktu asar pukul 5 petang.

ayam - masak merah.
Kami beli ayam 23 ekor. asalnya 20 je. takut tak cukup tambah lagi 3 ekor.
ayam dipotong 12.
beli kat batu 8, dia siap potong.
Harga sekilo rm6.50

Tukang cuci ayam pastikan tiada bulu yang tertinggal ye.
fuh.. letih depa mencuci ayam sampai pukul 6.30 petang.





Sementara tu Kama dengan fairuz dah nak start goreng ayam.

Ayam digoreng guna garam dan kunyit saja. goreng dalam periuk. bubuh minyak dalam-dalam. Ayam tu kami susun dalam sangkar dawai. ayam tu himpit-himpit pun takpa. celup dalam minyak yang betul-betul panas. bila garing angkat. tak payah nak guna sudip nak terbalik-terbalikkan. ayam pun tak hancur.

Sementara itu Isma dengan Rena kupas bawang dan halia untuk blend. bawang besar seguni yang berharga RM6 tu.

cili kering gemuk (tak pedas)-1 kilo
cili kering kerinting (pedas sikit) -1/2 kilo.
Jumlah harga cili RM20

semua cili rebus dan blend. periuk stok stainless steel aku penuh dengan cili tak pedas. Periuk putih aku penuh dengan cili pedas. apa la.. takdak gambar...(haa.. periuk putih dekat sebelah Pn Isma dalam gambar tu.)
Puan Isma sediakan bahan blend.

Masa nak tumis bubuh rempah tumis ayam (50 sen). Ismawati kata kulit kayu manis
boleh boh banyak. Tapi bunga lawang (anak aku cakap spider) dengan buah pelaga takleh banyak. nanti tengik sangat.









Aku guna periuk aluminium 40 inci. minyak menumis aku bubuh hingga melitupi semua permukaan lantai periuk. tumis bawang merah kecil semangkuk (blend semua) ini utk wangi,
bawang merah besar 1/2 kilo (bend juga) ini untuk rasa manis,
halia 5 inci, bawang putih  2 labu, serai 20 batang (semua blend juga).
biar sampai wangi dan dah tak nampak air. hanya minyak dan bahan tumis je.
Tiba tiba periuk senyap sunyi..tiada letupan kecil dalam periuk. Suasana begitu tenang..
(rupanya gas habis).

siaran tergendala sebentar..
gambar ni lepas makan malam. ayam masih continue goreng. sambal yang ditumis kat dapur dalam rumah dah tergendala..

best kat luar ni..angin sepoi sepoi.
farah dengan khir pun on the way.
satgi sampai.






sebahagian kanak-kanak dan wanita (terutama geng cuci ayam tadi) dah terdampar di dalam rumah.











sambung balik nak buat sambal ayam.
Masa ni semua kakitangan dah balik. dah pukul 12 malam.
periuk sambal transfer kat luar. ambil alih tempat goreng ayam tadi.
selepas api dah dihidupkan bawang pun wangi semula.  baru masukkan cili.
aku campakkan asam keping segenggam (skala tangan aku la).
tunggu lagi sampai semua cili masak dan airnya sejat.
minyak pun semua naik atas.
aku nampak sambal aku memenuhi setengah periuk. silap lagi tak ambil gambar.
warnanya merah terang.

masa ni tinggal aku berdua dengan darling saja.
anak-anak pun semua dah terlelap keletihan.
kami pun bersembang sambil merenung masa depan.
sambil menunggu cili betul2 masak. di tangan ada sudip.
aku pun bubuh gula sekilo setengah. garam 3 sudu besar (tak cukup adjust la..).
warna sambal jadi lebih gelap. Kuahnya nampak semakin cair. Ini sebab gula.
sambalnya meletup letup dan semakin mencabar bila nak kacau.
api jangan kuat-kuat. dah mendidih semula tutup api.
aku tutup dengan sangai je. bagi ada pengudaraan.
kalau wap dia terperangkap dan jatuh balik nanti cepat basi.
sebab air wap itu membawa bersama bakteria-bakteria jahat yang mungkin berada pada penutup itu (cea.. teori cikgu fizik)

Maka terhasil la sambal yang cukup untuk ayam 23 ekor ayam esok.

Aaahhh...jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Tukar baju.. gosok gigi..cuci muka.
leganya dapat pakai baju tidur dan dan baring meluruskan badan. zzzzzzzzz.....

Tepat pukul 6.30 pagi kami terjaga serentak.
alamak!! subuh masih ada. Berkualiti sunggh tidur semalam.

Siap mandi, housekeeping sikit sementara Encik suami pegi beli sarapan.
Pukul 8.00 semua adik-beradik dah datang balik.
semalam mereka tidur di rumah emak.



mereka aku tugaskan untuk buat jelatah. Sementara itu emak menyambil-nyambil buat bubur kacang.

semalam khir bawakkan beberapa ekor terubuk masin sarawak. aku sub ikan masin tu kat roziah. tengok tu dia ngan farah betapa happynya menetak-netak ikan masin (depa komplen pisau tumpul ! )

tetiba je turun si jelita dengan rabut palsunya
 (nak cover rambut asal dia yang sangat pendek tu)

Sementara itu, diluar rumah...jengjengjeng...
operasi memasak nasik tomato pun bermula..

aku yang jadi masterchep nyearrrr...
dibantu oleh kama sebab dia yang tau guna periuk tu (pecah rahsia aku tak reti guna periuk). kama tolong bukak tin dan angkat-angkat periuk berat. dia jugaklah yang punggah nasik masuk dalam flask sementar aku basuh beras untuk masak next trip.






ok... supaya tak lupa. catatkan resipinya sementara masih ingat.
untuk 9 pot beras (pot yang disertakan semasa membeli periuk ini). cecair yang digunakan pun mesti 9 pot juga. cecair ni maknanya sudah termasuklah minyak menumis (aku guna 1/2 pot. aku rasa 2 cawan minum tu kot). bawang kecil blended tu sesenduk, bawang besar blend tu 1 pot, bawang putih dan halia blend 2 sudu besar setiap satu. susu cair 3 tin. tomato puri 3 tin (125ml). aku guna sepenuhnya puree sebab aku suka kalernya yang merah menyerlah. Gula 2 senduk (aku rasa dalam 1/2 pot jugakla) dan garam 1 sudu besar. bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga semuanya 4 kuntum each.

masukkan beras...
aku pun kacau la utk elakkan kerak terbentuk sampai air semua kering. bila kering semua air periuk pun ditutup dan pasang timer kat hanpon (cheaaa.. canggih gitu! 5 minit pertama wap mula escape . 10 minit bau hangit pun keluar! jangan takut.. boleh bukak jap dan kacau sikit kalau nak.. bau tu gimik je. selepas 15 minit ngam. bukaklah dan anda akan menemui nasik tomato yang gemuk-gemuk butir nasiknya. lazat dan menyelerakan. yesss!! aku dah pandai masak nasik banyak.
penuh satu flask besar. aku rasa dalam 5 kilo beras yang aku masak tadi. memang nasik tomato akan ada kerak.. selamat mencuci kerak pula.

kami masak 3 trip nasik tomato. tidak termasuk first trip nasik putih tadi yang kama masak sebagai backup (mana tau nasi tomato aku tak menjadi).


sementara itu kerusi meja pun telah siap disusun  . tukang susun kerusi iaitu en khair dan encik sudin sudah keletihan.

(tidak sempat buat liputan semasa en khair membancuh air sirap tadi.  sorry..) dia bancuh air dengan 6 kilo gula (dah jadi air gula la..)






masa ni tak nampak darling aku di mana. aku rasa dia pergi order ais kot.



tepat pukul 11.45 tetamu pun dah mula datang. aku naik atas. mandi dan tukar baju. apa lagi... lepas ni acara salam salam pula..

Ustaz Rusmizi tadi bacakan doa selamat. Dia yang berbaju maroon tu.
sebelah dia ustaz Pakhrudin (suami Ustazah Hafilah).
dulu masa kecik pun sekampung dengan aku.
Hajar, ustazah Roshidah dan ustazah siti arma (isteri che'gu jamil)

Cikgu Ahmad pun datang dengan irfan
Kak maz sekeluarga
En Sudin dan keluarga En Fuzir.
kat meja belakang sana tu ada Rahim Ahmad and gangs.
Ini meja VIP. ada ayah/emak/en khair dan kak Saba/Yeopmat

Inilah pengalaman pertama kami buat kenduri masak sendiri. 
semua yang dicatat di sini mencukupi untuk jemputan seramai 200 orang 
(utk budget akan datang). ayam pun ada lebih. beras masak tadi 20 kg.
budget keseluruhan termasuk sewa khemah  dan kerusi meja tak sampai seribu ringgit 

kira OK la.. next time boleh buat lagi.

Wednesday, November 7, 2012

Nasihat ayah untuk Luqman

Hari ini Selasa 6/11/2012.
Ibu pergi SK Ho Seng Ong sebab nak jumpa cikgu dan ambil report card.
Ayah tak dapat ikut sekali sebab ada meeting segera di KL.

Pukul 1.50 Pn Norazifah dah tunggu.
Janji dengan dia pukul 1.30 tengahari tapi ibu terlambat.

Ibu dapat 2 berita hari ini.
Pn Nora beritahu berita gembira dulu.
Luqman Haqimi dapat tempat pertama dengan peratus 90.4
Semua subjek dapat A kecuali muzik dan Kajian Tempatan yang kedua-duanya B.
Kebanyakan subjek dia highest.

Berita satu lagi ialah berita yang tak seronok didengar.
Berita ini telah melenyapkan kegembiraan berita pertama.
Pn Nora bertanya pada Kimi,
 "Ibu dah tahu belum?"
Kimi senyum-senyum saja tapi dengan muka yang keruh.
Dari senyuman kimi ibu dapat tangkap sesuatu yang merisaukan.

Ibu tak bertanya lanjut tapi ibu terus baca komen guru dalam lapuran Oral English dia.
".........................Please pay attention in class!"
Terus ibu pandang muka kimi. Dengan nada curiga ibu cakap, "aii... ni apahal ni?"

Ibu tengok lapuran Pn Nora pulak.
"Tahniah atas kecemerlangan. Kekalkan usaha dan tingkatkan dari segi sahsiah."

Ibu pandang balik kat Pn Nora.
Dia kata " macam ni Puan, lembaga Disiplin dah sepakat dalam mesyuarat. Tahun depan Luqman tidak dilantik lagi menjadi pengawas. Kami rehatkan dia setahun untuk beri peluang dia ubah sikap dia."

Tiba tiba ibu rasa muka ibu panas.
Ibu pandang Kimi.
Pn Nora explain antara kesalahan kimi..
      Kimi tidak menjalankan tugas dia sebagai pengawas.
      Dia sepatutnya mendiamkan pelajar tapi dia sekali bising.
      Kimi selalu berlagak pandai dengan kawan-kawan.
      Kimi selalu keluarkan kata-kata yang tidak sopan.
      Kimi selalu menyampuk bila cikgu mengajar (loyar buruk)
      Kimi kadang-kadang pertikai cara cikgu mengajar yang tak sama dengan cara yang dia faham sehingga
      cikgu kecil hati.

Ibu rasa sangat sedih.

" Kimi tak malu ke? 
kalau ibu jadi Kimi ibu tak tau mana nak letak muka ibu? 
Kimi ibarat perdana menteri yang hebat tetapi akhirnya digulingkan dengan hina sekali kerana akhlak buruk kimi sendiri. 

Kimi tak dilantik bukan sebab kimi tak cekap, 
Kimi bukan pengawas pelatih yang tak pandai buat kerja. 
Dah 3 tahun Kimi jadi pengawas. 
Sekarang ni orang tak suka Kimi tahu tak? 
Orang tak mahu Kimi !
Kimi patut rasa malu!

Ibu tak bangga langsung dengan result ni kalau akhlak kimi buruk. 
Result macam ni semua orang boleh dapat. 
Nakkan rajin je.. walau pun jahat tetap dapat cemerlang kalau usaha. 
Sekarang ni pun ramai orang yang pandai tapi buat jenayah. 

Result yang bagus ni manusia saja yang pandang, Kimi! 
Tapi akhlak yang baik Allah yang pandang. 
Kalau Allah dah tak suka mana lagi Kimi nak pergi? 
Dunia mana lagi Kimi nak duduk kalau Allah dah marah?  
Otak yang pandai tu semua pinjaman je. 
Allah boleh tarik balik bila bila masa saja." 

Ibu bercakap sambil menangis. Pn Nora berulangkali minta maaf.

Tak guna result yang bagus tapi akhlak keji. Semuanya berpunca daripada mulut. Deria yang banyak membawa manusia ke neraka. Tolonglah Kimi.. jaga tutur kata. Terutama dengan cikgu. Kalau kawan-kawan tak suka Kimi tapi cikgu suka, kimi masih selamat sebab cikgu akan backing. Sekarang ini cikgu pun turut tak suka Kimi. Siapa Kimi nak harapkan lagi di sekolah ni?

Dulu Guru Besar (Pn Sharipah) dah ada komplen. Dia kata mereka semua nak bentuk Luqman sampai boleh jadi Headboy sebab dia je antara pelajar Melayu yang menyerlah dari segi akademik. Kimi banyak masuk pertandingan dan mengharumkan nama sekolah. Tapi akhlak dia kadangkala agak mengecewakan. Bila dia terlalu close dengan guru sampai hilang rasa hormat. Dia bergurau dengan cikgu macam gurau dengan kawan-kawan. Dia suka cakap besar dan berlagak.

Ibu dengan ayah terus  sediakan ikrar yang ditandatangani oleh kami dan Kimi terpaksa jumpa setiap orang guru yang mengajar dia dan minta tanda tangan. Kimi kena minta maaf dan berjanji untuk berubah. Kami letak no telefon dalam ikrar tu. Hubungi parent kalau anak kami jahat. Dalam Fail ikrar tu ada banyak guru-guru yang beri dia nasihat. Kimi pun insaf berjanji untuk berubah. Pn Nora kata lepas tu dia OK sekejap. Sekarang dah mula balik.

Ibu rasa hukuman lucut jawatan  itu sangat setimpal. Biar Kimi insaf bahawa cikgu boleh ambil tindakan apa saja kalau mereka mahu.

Balik rumah kimi kena libas dengan tali pinggang tiga kali. Ayah libas dekat kaki. Ayah tak mahu bercakap dengan Kimi. Kimi menangis mintak maaf kat Ibu. Ibu kata pergi dekat ayah, ambil tangan dia dan cium. Peluk dia dan minta maaf.

Malam tu masa solat maghrib sekeluarga ayah menangis sambil menasihat Kimi. Semua orang menangis malam tu termasuklah Nasuha.

Sampai hati Kimi memalukan keluarga. Antara kata-kata ayah...

"Apa saja anak-anak ayah nak ayah turutkan. Nak game ayah beli. Nak kasut Bola ayah beli. Sampai nak Estima pun ayah beli. Tapi kenapa anak-anak ayah taknak ikut cakap ayah. Susah ke nak jadi budak yang baik?"

Kimi cakap semua orang pun macam tu. Sebab tu dia ikut.
Kimi sepatutnya tahu menilai yang buruk dan yang baik.
Ramai orang buat tak semestinya betul.
Jangan ikut diaorang. Kimi buat hal kimi sendiri sudahlah. Ambik buku dan baca. Tak payah join budak-budak bising dan nakal.

Sekarang sudah terbukti.
Kerana mulut badan binasa.
Ibu dengan ayah bincang dan kami sependapat.
Sebenarnya ada sedikit perasaan Takbur dalam diri Kimi.
Kimi rasa Kimi dah pandai.
Lebih pandai dari kawan-kawan walau pun tanpa tuisyen.
Kimi kena ingat...
Kimi Allah anugerahkan seorang ayah yang sanggup mengajar kimi sendiri.
Ayah Kimi sanggup study balik macam dialah yang nak ambik periksa dan lepas tu mengajar Kimi.
Ayah akan ajar kimi one topic in advance sebab dia nak kimi boleh absorb dengan mudah apa yang cikgu sampaikan.
Bukan bertujuan untuk cari kelemahan guru bila dah pandai.

Cikgu itu mungkin terpaksa gunakan cara yang tertentu (yang kimi anggap tak smart) untuk sesuaikan dengan pemahaman student yang berbagai-bagai. Tak semua pelajar akan pick up cepat macam Kimi.

Ibu harap peristiwa kali ini akan jadi pengajaran buat Kimi dan adik beradik yang lain.
Kimi mesti tebus balik maruah Kimi.
Insyaallah ibu rasa kalau Kimi boleh berubah, dalam masa 2-3 bulan mereka akan lantik Kimi semula.
Tunjukkan pada sekolah bahawa Kimi seorang yang diperlukan.
Sekolah akan susah kalau Kimi takda untuk jadi emcee mengendalikan perhimpunan.